Thursday, August 19, 2010

Dah lama giler tak update blog ni sejak habis study smpi la ni baru tergerak hati nak bukak semula..
Sibuk utk persiapan kahwin...dan kerja baru...
Sampaikan dah nak dapat orang baru pun, barulah cherry tergerak hati utk update serba sedikit citer2 baru sepanjang bergelar isteri dan bakal ibu...
Tanggal 30 Oktober aku selamat diijabkabulkan bersama pasangan hidupku Nizam Halim di dengan hanya sekali lafaz..alhamdulillah.. Keesokkannya Majlis Persandingan di Taman Ibu Kota.
Huhhh...memang penat rupanya....sampaikan tertunggu2 bilalah nak selesai semua majlis ni...
Majlis rumah lelaki pula diadakan minggu berikutnya.

Sepanjang persiapan tu, cherry bersyukur sangat kerana semuanya dipermudahkan walaupun dengar khabar kehabisan makanan sehinggakan pak su terpaksa berlari ke kedai mamak yang berhampiran untuk tambah makanan. Memang syukur orang ramai datang.....rezeki.

Khidmat butik andaman, makeup n catering D'selera pun amat berpuas hati dan blehlah nak rekemen kat sesapa...Bab makanan tak cukup tu, aku rasa bukan salah caterer tapi memang ramai yang datang rasanya lebih kot dari kad yang disediakan...alhamdulillah.. Cuma cherry minta maaf sangat pada tetamu yg terpaksa beratur lama..

Selesai semua, cherry mulakan hidup sebagai suami isteri di Rawang...kesihatan agak kurang baik..asyik demam ja...sampailah berpindah ke Gombak. Barulah ok. Kehidupan pun agak sedikit terurus. Mungkin dah biasa dengan keadaan sekeliling kat situ yang mempermudahkan segala urusan. Sekarang, dah menetap di Selayang sambil menanti kehadiran orang baru yang tak lama lagi dimana akan menambahkan keceriaan hidup kami. Syukur Tuhan, Kau permudahkan segala urusan..

Friday, June 12, 2009

Merdekaaa...

Alhamdulillah...syukur.
Akhirnya selesai juga pengajian cherry....
Lega...

Walaupun, tak mencapai target but at least tetap maintain bintang..
Paper law yang aku rasa tak capai target, rasa mcm boleh buat...hmm...ada yang silap lah tuh...tambah masa tu aku demam teruksss..ceh alasan...

Terima kasih la buat papa, mama, n adik2 kakak yang tersayang....atas apa yang diberikan selama ni...hadiah utk mama n papa k.

Pagi2 cik ct call tanya dah check result, disbbkan dah lama tak buka portal smpai terlupa id n password..nasib baik cik ct tolong tengokkan...hwaaahhh malu gue..

Ini baru betul2 merdeka!!!!...
Kalo tak kecuttt perut pikir bila result nak kuar....bukan apa risau pointer jatuh...camana pun aku syukur...
Banyak memori waktu belajar...penat macammana pun tapi kenangan manis dengan member yang lain buatkan cherry rindu bangat sih....





Thursday, June 11, 2009

Liku Kehidupan

Ntahla....hari ni tak tau kenapa aku rasa sebak sangat, tapi dalam masa yang sama kabar baik yang datang sedikit sebanyak mengubat hati aku ni. Mungkin ada banyak benda yang bermain dalam fikiran aku...
Menjadi org tengah rasa seperti diri ini penting tapi dalam masa yang sama kita boleh tersepit dengan keadaan tersebut...

Tapi bagi aku, banyak kebaikan yang aku perolehi. Cuba dapatkan pengajaran dari apa yang didengar, diluahkan serta dikongsi. Mungkin aku terlalu mentah untuk memberi pandangan dan jalan penyelesaian cuma hanya yang termampu adalah menjadi pendengar yang setia...aku suka berkawan dengan orang yang dewasa sbb banyak benda yang aku boleh pelajari..hmm betul kata pakcik zam cherry...thanx yer bot..
Hai...tak kiralah dengan siapa, yang penting ikhlas dlm segala hal....

Suka lirik ni..khas utk kawan2 cherry k...

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan