Tuesday, June 9, 2009

Cherry & Frenz












Nizam & Family











Anak Sedara Kesayangan Mak Long..







Sedara Mara...











Cherry & Family
















Sarung Cincin.....





























Upacara meminang...





































My Engagement's Day 30.08.08




























My Engagement's Day

Disebabkan sibuk, skrg ni barulah cherry nak update tentang majlis pertunangan cherry dengan nizam..yang telah selamat diadakan pada 30.08.08 jam 12.00 tengahari. Haaaa...tahun lepas baru terhegeh22 update la ni..Banyak persiapan yang dilakukan, makanan ambil caterer Pak Awang...hmmm sedap, hantaran buat sendiri termasuk special gift utk tetamu dan keluarga lelaki. Cherry tiru dari memory lane tapi tak sama lah sangat. Kotak pun buat sendiri jimat dan puas hati sbb design sendiri.



Cherry memang suka dengan warna putih tapi ditambah dengan sedikit hijau n pink. Jadi tema pada hari bersejarah tersebut Putih, Pink & Hijau. Hantaran pun dibuat sendiri, mama risau sbb cherry dok diam buat dlm bilik. Bukan apa cherry lebih suka buat senyap sendiri...kalau sepah pun bilik sendiri lagipun satu mama terror sgt, bila ma komen, kak tak syiokkk..yelah mana bleh lawan tok guru kan. Camana pun terima kasih sbb mama banyak tolong kak. Termasuk papa, adik2 cherry, afix n azeem, banyak tolong kak ambil gambar.. Macammana pun hari tu, cherry ambil Shiema sebagi photographer, disebabkan kawan, banyak jugak dia bagi utk cherry.



Utk membuat keputusan bertunang ni bukanlah mudah...sesuatu yang amat susah untuk diputuskan sbb ianya melibatkan hidup dan masa depan. Ikatan pertunangan dan perkahwinan bukan sahaja bersama si lelaki tetapi juga keluarga dan sahabat yang disampingnya. Alhamdulillah diberikan sebuah keluarga yang baik dan boleh menerima cherry seadanya. Lidah tergigit biasakla....asam garam kehidupan...di depan nanti lagi banyak benda yang akan berlaku cuma kita hanya berdoa agar yang terbaik..



Alhamdulillah, masa kenduri banyak yang membantu termasuk Mirah n Faten sampai tertido keletihan...aku ingat tu. Mak Lang, Kak Long, Ateh, Angah, Pak Su, Andak, Su, Cik, Ina dan lain2....anak2 andak tolong mengemas lepas habis kenduri...



Mama & Papa,



Doakan kakak agar pilihan ini adalah terbaik.utk diri anakmu. Sememangnya sebagai manusia kita tidak pasti apa yang akan kita hadapi tapi diri ini percaya hanya restu dariMu akan membantu liku-liku perjalanan ini supaya sentiasa diredhai..Amin.



Nizam,

Jangan sia2kan cheq na....: )









Final Paper

Hari ni cherry nak mulakan semangat baru. Memang terlalu lama tak update blog yang kononnya akan d'update setiap minggu. Soweeyyy yer Cik Kin. Cherry terlalu sibuk dengan final paper..Fuhhh...lega bila semua selesai. Beberapa kali jugak lah kena reject. Biasaklah kan, tapi nak dapat kan title project pun lebih kurang 3 kali kena reject. Walaumacamana pun thanx a lots tu Cik Suhaila, advisor aku walaupun agaks cerewet tapi aku yakin itu utk kebaikan aku..

Thankssss juga utk kengkawan yang banyak tolong aku especially Cik Syikin....sampai teman aku lewat malam mengantar ke shah alam. Winduuu ngan kenangan g kelas sesama...2 minggu sebelum tu cherry kena demam panas...dekat 3 kali ke klinik...panas sangat. Dengan project paper yang masih dlm proses, dan exam yang akan kunjung tiba dalam minggu tu. Yang geramnya utk kali pertama aku ke klinik, langsung dia tak check aku..sbb dia dah biasa ngan aku tiap kali exam..mesti aku deman. Kali kedua, dia check tapi tak kebah2 jugaks sampai kali ketiga aku minta dia bagi injection atau apa2 yang boleh kebahkan demam aku dengan cepat... At last aku dapat antibiotik...kalau bagi dari awal kan bagusssss...

Macam mana cherry nak mentelaah dlm keadaan yang panas sgt...tapi aku time kasih sgt ngan papa.. dari dulu sampai la ni, kalau anak2 sakit, dia lah yang paling ambil berat. Picit kepala aku, selimutkan aku...fuhhh...aku mula lah sebaksss... Untuk papa, terima kasihhhhh sangat atas apa yang papa berikan selama ini utk kakak, kakak nak papa tau, kakak sayang sangatttt ngan papa, walaupun heeee anak papa yang sorang ni dogil....tapi dalam hati sentiasa berdoa agar...kakak dapat terus jaga papa n mama.

Mula la aku dok teringat apa yang papa dah buat utk aku. Dulu masa mula2 masuk U, aku masih tak dapat nak beli buku sampai la papa dpt gaji, hari yang dia dapat, terus dia beli dan hantar during lunch hour, sempat gaks belikan aku makanan dan macam2...lepas hantar, papa balik...aku pandang kereta proton saga papa sampai dia hilang dari pandangan mata..masa tu aku nekad belajar rajin2 utk dia. Macam2 pengorbanan dia, yang aku sendiri susah nak rungkaikan di sini. Orangnya agak garang, tegas tapi aku tau itu semua kebaikan utk dia. Tak taulah, walaupun mulut aku ni memang rajin menjawab, tapi aku tau susah nak dpt cam papa...sanggup g hantar balik ke mana2.dari diploma sampailah dgree..teman aku study..dekat bawah..sampai tertidur dekat sofa..tunang aku pun tak boleh buat macam papa...Sayang Papa......macam mana lah hidup kak kan lepas ni...?

Haii...akhirnya sumer telah diselesaikan, tunggu result 11hb ni ...adussss kecut perut akuuuuuuu.......
Walaumacammanapun time kacihhhhhhhhhhhhhhhhhh utk kengkawan disekeliling aku termasuk la bos-bos kat sini...pn yati, en hider, puan hez, abg jeb, kak ina n kak mija..opssss ben husband rody juga.....thanks to hawa n fadhullah yang turut bagi bantuan masa utk kak nurul...cayang depa sumer.