Tuesday, June 9, 2009

My Engagement's Day

Disebabkan sibuk, skrg ni barulah cherry nak update tentang majlis pertunangan cherry dengan nizam..yang telah selamat diadakan pada 30.08.08 jam 12.00 tengahari. Haaaa...tahun lepas baru terhegeh22 update la ni..Banyak persiapan yang dilakukan, makanan ambil caterer Pak Awang...hmmm sedap, hantaran buat sendiri termasuk special gift utk tetamu dan keluarga lelaki. Cherry tiru dari memory lane tapi tak sama lah sangat. Kotak pun buat sendiri jimat dan puas hati sbb design sendiri.



Cherry memang suka dengan warna putih tapi ditambah dengan sedikit hijau n pink. Jadi tema pada hari bersejarah tersebut Putih, Pink & Hijau. Hantaran pun dibuat sendiri, mama risau sbb cherry dok diam buat dlm bilik. Bukan apa cherry lebih suka buat senyap sendiri...kalau sepah pun bilik sendiri lagipun satu mama terror sgt, bila ma komen, kak tak syiokkk..yelah mana bleh lawan tok guru kan. Camana pun terima kasih sbb mama banyak tolong kak. Termasuk papa, adik2 cherry, afix n azeem, banyak tolong kak ambil gambar.. Macammana pun hari tu, cherry ambil Shiema sebagi photographer, disebabkan kawan, banyak jugak dia bagi utk cherry.



Utk membuat keputusan bertunang ni bukanlah mudah...sesuatu yang amat susah untuk diputuskan sbb ianya melibatkan hidup dan masa depan. Ikatan pertunangan dan perkahwinan bukan sahaja bersama si lelaki tetapi juga keluarga dan sahabat yang disampingnya. Alhamdulillah diberikan sebuah keluarga yang baik dan boleh menerima cherry seadanya. Lidah tergigit biasakla....asam garam kehidupan...di depan nanti lagi banyak benda yang akan berlaku cuma kita hanya berdoa agar yang terbaik..



Alhamdulillah, masa kenduri banyak yang membantu termasuk Mirah n Faten sampai tertido keletihan...aku ingat tu. Mak Lang, Kak Long, Ateh, Angah, Pak Su, Andak, Su, Cik, Ina dan lain2....anak2 andak tolong mengemas lepas habis kenduri...



Mama & Papa,



Doakan kakak agar pilihan ini adalah terbaik.utk diri anakmu. Sememangnya sebagai manusia kita tidak pasti apa yang akan kita hadapi tapi diri ini percaya hanya restu dariMu akan membantu liku-liku perjalanan ini supaya sentiasa diredhai..Amin.



Nizam,

Jangan sia2kan cheq na....: )









1 comment:

khairul said...

hadapilah alam pertunangan dgn tabah kerna bnyk dugaan ... yg pntg kerjasam , tolak ansur, menghormati, percaya, doa,,mengasihi,jgn cemburu sgt,jgn ikutkan perasaan, apepun diucapkan kekal hingga akhir hayat ...aminnnn,,,